Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS


LATARBELAKANG

Pada penghujung tahun 1977, Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina Lebuh raya Tol dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia bagi menyambungkan bandar-bandar besar dan kawasan-kawasan membangun disebelah barat Semenanjung. Lebuh raya Tol Utara - Selatan ini bermula dari Bukit Kayu Hitam berhampiran dengan sempadan Thailand di utara dan berakhir di Johor Bahru di selatan Negeri Johor bersempadan dengan Singapura.

Objektif utama Lebuh raya ini dibina adalah untuk mewujudkan satu sistem jalan antara bandar-bandar besar yang lengkap dan berkesan untuk menampung kenderaan-kenderaan yang semakin bertambah.



AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan mengikut Undang - Undang Malaysia akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980. Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya - lebuh raya antara bandar, untuk mengenakan dan mengutip tol, untuk membuat peruntukan berkenaan dengan perkara - perkara yang berkaitan dengannya.


Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).