Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS


PIAGAM PELANGGAN

Kami bertekad untuk memberi perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam pengesanan dan penyeliaan pembinaan serta operasi lebuhraya tol bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna selaras dengan standard MS ISO 9001:2008 dan MS ISO 14001:2004. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi ini kami berjanji akan:-

1.Memastikan lukisan ringkasan reka bentuk, reka bentuk terperinci dan   lukisan as-built yang disemak, lengkap, teratur dan betul diluluskan dalam tempoh 20 hari bekerja

2.Memastikan pelan pengambilan tanah yang disemak lengkap, teratur dan betul dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya dalam tempoh 27 hari bekerja dari tarikh penerimaan pelan.

3.Menyemak borang pampasan pengambilan tanah (Borang H) dan membuat bayaran dalam tempoh 13 hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang H yang lengkap serta terdapat peruntukan kewangan.

4. Menyerahkan tanah kepada Syarikat Konsesi dalam tempoh 5 hari dari penerimaan Borang K yang lengkap.

5. Memastikan kemajuan projek pembinaan lebuh raya mengikut jadual dan tidak dikategorikan sebagai projek sakit iaitu tidak melebihi 30% kelewatan sepertimana petunjuk prestasi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

6. Memastikan bayaran tuntutan interim (progress payment) dibuat dalam tempoh 27 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap dan terdapat peruntukan kewangan.


7. Memastikan setiap Syarikat Konsesi mencapai tahap 80% prestasi penyenggaraan lebuh raya bagi kerja pembaikan berkala dan 100% bagi kerja kecemasan dan rutin.

8. Memastikan sijil interim perkongsian hasil / pampasan / lalulintas dan sijil verifikasi trafik dan hasil tol bagi tahun sebelumnya dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Mei tahun semasa.

9. Mengemukakan kertas perakuan permohonan baru mendirikan paparan iklan di dalam rezab lebuh raya dan pembangunan di tepi lebuh raya untuk kelulusan Menteri dalam tempoh 42 hari bekerja.






Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).