|
Peraduan 'JOM SMS'
Peraduan ‘Jom SMS!’ bermula dari 18 Ogos hingga 5 September dengan kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. Peraduan ini terbuka kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah berukur 7 tahun hingga 15 tahun. peserta hanya perlu menghantar mesej keselamatan jalan raya yang paling menarik dan kreatif ke nombor 019-336-0000 bermula 7 pagi hingga 3 petang setiap hari sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung. Peserta boleh menghantar seberapa banyak mesej keselamatan yang mereka mahu dan setiap hari 5 penghantar mesej keselamatan terbaik akan menerima SmartTAG dan cenderamata eksklusif MUFORS.5 mesej harian terbaik akan dipaparkan di semua papantanda elektronik di sepanjang lebuh raya di negara ini. Secara tidak langsung, ia dapat mendidik pengguna lebuh raya tentang keselamatan jalan raya dan lebih berhati-hati ketika memandu
Terma dan Syarat Pertandingan
- Peraduan ini bermula pada 18 Ogos 2011 (Selepas pelancaran Kempen Keselamatan) sehingga 5 September 2011
- Penyertaan adalah terbuka kepada kanak-kanak sekolah dan remaja yang berumur 7 hingga 15 tahun.
- Mesej yang dihantar melalui SMS hendaklah mengenai keselamatan jalan raya dan mesej hendaklah berunsur peringatan keselamatan, pemanduan berhemah, dan lain-lain.
- Mesej yang dihantar hendaklah tidak melebihi 60 abjad (60 characters) sahaja.
- Mesej hendaklah dihantar ke nombor 019-3360000 di antara jam 7 pagi hingga jam 7 petang sepanjang tempoh peraduan.
- Mesej keselamatan tersebut hendaklah dihantar di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Lima (5) mesej terbaik akan dipilih sebagai pemenang harian dan mesej-mesej tersebut akan dipaparkan di VMS di semua lebuh raya di Malaysia.
- Lima (5) pemenang harian akan dipilih dan pemenang akan memenangi satu unit SmarTag dan barangan cenderamata MUFORS.
- Pemenang akan dihubungi melalui telefon oleh pihak penganjur.
- Tiga (3) pemenang utama akan memenangi hadiah utama.
Hadiah
- 3 pemenang utama yang akan dipilih selepas tarikh tutup pertandingan akan mendapat hadiah utama yang istimewa
- Setiap hari 5 penghantar mesej keselamatan terbaik akan menerima SmartTag dan cenderamata ekslusif MUFORS.
Label
|
|
|