|
Dasar Privasi
|
Privasi anda |
|
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan
maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau
menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi
bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih
berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan
maklum balas dari agensi-agensi lain. |
|
|
|
Maklumat Yang Dikumpul |
|
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali
maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel. |
|
|
|
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain? |
|
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai
untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam
pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan
supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. |
|
|
|
Pindaan Dasar |
|
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan
sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul,
cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama
pihak yang lain. |
Dasar Keselamatan Laman Web
|
Perlindungan Data |
|
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data
yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai
untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. |
|
|
|
Keselamatan Storan |
|
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan
dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. |
Dasar Keselamatan ICT LLM
|
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) LLM mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan
aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di LLM
mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT LLM. Aset ICT termasuk data, maklumat, perkakasan, perisian, aplikasi,
rangkaian, dokumentasi dan kemudahan ICT yang berada dibawah tanggungjawab LLM. |
Muat Turun DKICT LLM
Label
|
|
|