|
PERANAN BAHAGIAN
- Bahagian Kawalselia Penyenggaraan
Mengawalselia dan memantau lebuhraya - lebuhraya yang sedang beroperasi dibawah seliaan LLM, diselenggara mengikut standard dan beroperasi dengan cekap dan selamat, sebagaimana yang tertera di dalam perjanjian konsesi.Bahagian ini juga menyemak dan mengemaskini garispanduan serta manual yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan lebuh raya untuk panduan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.
- Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak
Menguruskan pentadbiran kontrak selaras dengan matlamat dan dasar Kerajaan. Bahagian ini juga bertanggungjawab memberi nasihat dari aspek kos pembinaan lebuh raya kepada pihak pengurusan LLM.
Bertanggungjawab dalam merancang dan mengkaji jajaran lebuh raya selaras dengan kajian perancangan pembangunan oleh pihak Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal penswastaan lebuh raya dengan menganggotai jawatankuasa rundingan Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal dengan syarikat pencadang, menyemak pelan pembekuan koridor lebuh raya dan menjalankan penilaian terhadap projek penswastaan sebelum dan selepas dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan sesuatu projek terhadap masyarakat dan negara.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk menguruskan perundingan aspek teknikal dan dokumen kontrak, menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan pengambilan balik tanah, dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk dan lukisan-lukisan rekebentuk terperinci yang dikemukakan oleh Kontraktor Turnkey/syarikat konsesi. Skop dan tanggungjawab bahagian ini juga termasuk menyelaras dan memantau/mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi, menyemak dan mengesahkan pembayaran selaras dengan keperluan dokumen kontrak.
Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan-arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan licin dan berkesan.
- Pejabat – Pejabat Wilayah
Pejabat - pejabat Wilayah terdiri dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Timur. Bagi projek-projek penswastaan, Pejabat Wilayah bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan mengawalselia perlaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya di tapak bina selaras dengan perjanjian konsesi sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas. Tanggungjawab Pejabat Wilayah juga termasuk pemantauan dan pengawalseliaan ke atas kerja-kerja penyenggaraan dan operasi lebuh raya oleh syarikat konsesi dan permohonan paparan iklan serta akses dari pihak ketiga.
Pengarah Wilayah juga bertanggungjawab ke atas penyeliaan pembinaan lebuh raya di tapak pembinaan selaras dengan keperluan kontrak sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas bagi projek lebuh raya yang dikenalpasti untuk dilaksanakan secara kontrak turnkey.
- Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek
Bertanggungjawab dalam menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan pengambilan tanah dan dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk serta lukisan-lukisan rekabentuk terperinci yang dikemukakan oleh syarikat konsesi atau kontraktor turnkey bagi projek-projek tertentu yang dikenalpasti oleh Ketua Pengarah LLM atau Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan). Skop tanggungjawab termasuk menyelaras, memantau dan mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang dilaksanakan secara penswastaan atau turnkey (bagi projek-projek yang telah dikenalpasti) selaras dengan keperluan perjanjian konsesi/dokumen kontrak di tapak bina sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas.
Bertanggungjawab untuk mengawasi operasi tol syarikat-syarikat konsesi dibawah seliaan LLM dari aspek kadar dan sistem pungutan tol syarikat-syarikat konsesi seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian konsesi.
- Bahagian Teknologi Maklumat
Merancang dan melaksanakan dasar dan polisi sistem teknologi maklumat LLM selaras dengan agenda kemajuan negara. Membangunkan infrastruktur sistem teknologi maklumat LLM agar sentiasa selaras dengan kemajuan semasa dan membangunkan sistem maklumat yang bersepadu antara LLM dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.
- Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal
Bertanggungjawab untuk menjalankan kajian dan penyelidikan secara usaha sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dan badan-badan luar negara yang berminat bagi tujuan penambahbaikan dan memantapkan lagi kajian yang dijalankan juga bagi tujuan menghasilkan penemuan baru terutama dalam aspek pembangunan lebuhraya. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab merancang dan menjalankan kajian bagi tujuan membangunkan teknologi baru termasuk membangunkan perisian pengkalan data untuk aspek teknikal, penyenggaraan dan operasi lebuhraya. Skop tanggungjawab bahagian ini adalah termasuk menerbit, mengkaji dan menyemak semula dokumen garis panduan dan manual.
- Bahagian Pengurusan Tanah
Menguruskan hal-hal pengambilan tanah bagi pembangunan lebuh raya bertol, menguruskan kerrja-kerja ukur muktamad, perizaban dan pewartaan lebuh raya mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, menguruskan permohonan dan pemasangan paparan iklan di rezab lebuh raya dan pengurusan hartanah seperti aktiviti sewaan/pajakan tanah milik LLM dan rezab lebuh raya.
- Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran
Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan, penilaian kopetensi dan perhubungan awam di LLM. Skop dan tanggungjawab juga meliputi kajian berterusan terhadap pelaksanaan sístem pengurusan kualiti LLM supaya dilaksanakan dengan efisien.
Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan dan mengkoordinasi hal ehwal perhubungan korporat jabatan, penerbitan dan publisiti serta merancang dan membangunkan pelan strategik LLM. Bahagian ini juga menjadi sekretariat bagi mesyuarat-mesyuarat jabatan.
Memberi nasihat perundangan, menyemak dan menyediakan ulasan dari aspek perundangan bagi dokumen-dokumen seperti Perjanjian Konsesi, akta-akta, warta, dan surat jaminan.
- Unit Mekanikal dan Elektrik
Bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan mekanikal dan elektrikal (M&E) bagi projek di dalam perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan dengan memastikan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal memenuhi kriteria minimum piawaian teknikal dan menyelaras terhadap pelaksanaan projek di dalam pembinaan bagi kerja-kerja M&E. Bertanggungjawab dalam mengawalselia dan memberi nasihat terhadap pengurusan M&E di sepanjang lebuhraya dan juga memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan.
- Bahagian Kewangan dan Pengurusan Aset
Bertanggungjawab ke atas sistem perakaunan pengurusan Kumpulan Wang Lembaga dan menyelia penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan. Menyediakan penyata akaun tahunan dan menyelia urusan pelaburan serta memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan. Skop tanggungjawab juga meliputi aspek pentadbiran am seperti bangunan, kenderaan pejabat dan sebagainya.
Setiap bahagian dan Pejabat Wilayah juga bertanggungjawab memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
- Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal
Bertanggungjawab untuk menjalankan kajian dan penyelidikan secara usaha sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dan badan-badan luar negara yang berminat bagi tujuan penambahbaikan dan memantapkan lagi kajian yang dijalankan juga bagi tujuan menghasilkan penemuan baru terutama dalam aspek pembangunan lebuhraya. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab merancang dan menjalankan kajian bagi tujuan membangunkan teknologi baru termasuk membangunkan perisian pengkalan data untuk aspek teknikal, penyenggaraan dan operasi lebuhraya. Skop tanggungjawab bahagian ini adalah termasuk menerbit, mengkaji dan menyemak semula dokumen garis panduan dan manual.
Label
|
|
|