|
Kata-Kata Aluan
Pembangunan Teknologi Maklumat yang pesat di Malaysia telah membawa perubahan drastik menuju ke arah Kerajaan Berelektronik di Jabatan-Jabatan Kerajaan. LLM sebagai salah satu agensi kerajaan yang telah mengambil langkah untuk merealisasikan hasrat ini. Atas dasar inilah maka wujudnya laman web LLM. LLM adalah salah satu agen kerajaan yang berfungsi dalam pengawasan perlaksanaan projek penswastaan lebuhraya tol di Malaysia.
Adalah diharapkan dengan sistem maklumat internet membuka peluang orang ramai mendapatkan maklumat terkini tentang projek-projek lebuhraya di bawah pengawasan LLM. Bagi pengguna lebuhraya, maklumat yang ada dapat dimanfaat untuk tujuan mendapat maklumat perjalanan, kadar bayaran tol untuk ke destinasi tertentu.
Begitu juga untuk kemudahan berurusan dengan LLM, maklumat mengenai manual dan garispanduan boleh didapati melalui lawatan ke laman ini. Halaman web ini bersifat dinamik dan akan sentiasa dikemaskini untuk memastikan ianya sentiasa terkini. Sebarang ulasan dan cadangan adalah dialu-alukan melalui e-mail LLM.
Label
|
|
|