|
Butir-butir Lebuhraya
| Nama | Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL - Barat (E23) |
| Panjang |
26.00
Kilometer
|
| Tarikh dibuka |
28-Jun-2001
|
| Tarikh dibina |
02-Mei-1997
|
| Alamat pejabat | Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT), Pejabat Operasi, Km 3, Hubungan Damansara, Lebuhraya SPRINT, Syeksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan |
| Konsesi | Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT) |
| Telefon Utama | 603-74947300 |
| Website | www.sprint.com.my |
| Email | - |
| Fax | 603-74947320 |
| Nota | Cadangan projek ini merupakan pembinaan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada seperti Jalan Damansara, Jalan Bukit Kiara dan Jalan Semantan serta pembinaan 2 laluan jajaran baru yang menghubungkan dengan Sungai Penchala dengan Kuala Lumpur, Kerinci dengan Jalan Damansara, Kg. Sungai Penchala dan Kg. Kerinchi. Jarak keseluruhan lebuhraya ini adalah sejauh 26 km. Projek ini telah diserahkan kepada SPRINT Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk membina, mengendali dan menyelia lebuhraya ini. Proses pembinaan projek ini dibagikan kepada 3 pakej iaitu :
- Pakej A (Kerinchi Link)
- Pakej B (Damansara Link)
- Pakej C (Penchala Link)
Kerinchi Link membentuk sebahagian lingkaran jalan pertengahan yang kritikal di barat Kuala Lumpur. Ia menghubungkan Jalan Duta di utara dan Federal Highway Route II, sementara Lingkaran Timur - Barat di sebelah selatan. Panjang keseluruhan Kerinchi Link ialah 11.5km. Ia siap dan dibuka kepada trafik pada 28 Jun 2001
Mempunyai sebanyak 4 persimpangan bertingkat iaitu:
- Persimpangan Bertingkat Duta.
- Persimpangan Bertingkat Sri Hartamas.
- Persimpangan Bertingkat Intan.
- Persimpangan Bertingkat Kerinchi.
Damansara Link melibatkan pelebaran dan menaiktaraf Jalan Damansara sediada dari Persimpangan Bertingkat Kayu Ara ke Jalan Semantan dan menggantikan 7 persimpangan lampu isyarat kepada 6 persimpangan bertingkat, Panjang keseluruhan Damansara Link ialah 9.0km. Ia telah siap dan dibuka kepada trafik pada 28 Jun 2001.
Mempunyai 6 persimpangan bertingkat iaitu:
- Persimpangan Bertingkat Kayu Ara.
- Persimpangan Bertingkat Section 17.
- TTDI Bypass
- Persimpangan Bertingkat Kiara.
- Persimpangan Bertingkat Maarof.
- Persimpangan Bertingkat Semantan.
Ia merupakan lingkaran baru yang menghubungkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Penchala ke Persimpangan Bertingkat Mont Kiara di Kerinchi Link. Objektif utama Penchala Link adalah untuk menangani pembangunan pada masa hadapan di kawasan Damansara, Penchala, Bukit Lanjan dan Sungai Buluh. Panjang keseluruhan Pakej ini ialah 5.5 km. Penchala Link ini telah siap dan dibuka kepada trafik pada 16 Februari 2004.
Mempunyai 3 persimpangan bertingkat iaitu:
- Persimpangan Bertingkat Penchala.
- Persimpangan Bertingkat TTDI.
- Persimpangan Bertingkat Kiara.
View SPRINT in a larger map |
Label
|
Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).
|