Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Kajang SILK (E18)
Panjang 37.00 Kilometer
Tarikh dibuka 15-Jun-2004
Tarikh dibina 20-Dis-1995
Alamat pejabatPlaza Tol Sungai Balak, KM28.3A, Lebuhraya Kajang SILK, 43000 Kajang Selangor.
KonsesiSistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd (SILK)
Telefon Utama603-8921 000
Websitewww.silk.my
Emailinfo@silk.my
Fax603-8921 000
Nota 

Tujuan utama pembinaan Lebuhraya K ajang SILK adalah menangani masalah kesesakan lalulintas di Kajang serta kawasan persekitaran Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua. Selain membantu mengatasi masalah kesesakan lalulintas, ianya mempermudahkan laluan ke Putrajaya, Cheras, Semenyih, Sungai Long dan Bangi. Di samping itu juga, ia berupaya membawa potensi pembangunan yang pesat di sepanjang koridor Lebuhraya Kajang SILK.
Lebuhraya Kajang SILK menghubungkan antara lebuhraya-lebuhraya utama: Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kajang-Seremban (masih dalam pembinaan) dan lebuhraya cadangan Lebuhraya Lembah Klang Selatan di samping mengurangkan masa perjalanan di antara bahagian Utara dan Selatan Kajang. Secara amnya ia menyediakan pemanduan yang lancar melalui Kajang dari Kuala Lumpur, Cheras, Sungai Long dan Balakong, selain itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Semenyih, Bangi dan Seremban.

Fakta Teknikal


1· Lampu jalan di keseluruhan jajaran
2· 11 persimpangan bertingkat
3· Sistem bayaran elektronik Touch Go dan SmartTag
4· Sistem kawalan trafik dan paparan maklumat berkomputer
5· Rondaan 24 jam oleh pasukan SILK Ronda
6· Bantuan kerosakan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna

Plaza Tol

1· Plaza Tol Sungai Balak
2· Plaza Tol Sungai Ramal
3· Plaza Tol Bukit Kajang
4· Plaza Tol Sungai Long

Persimpangan Bertingkat

1. Persimpangan Bertingkat Balakong (Exit 1801)
2. Persimpangan Bertingkat Sungai Long (Exit 1803)
3. Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana (Exit 1804)
4. Persimpangan Bertingkat Kajang Prima (Exit 1805)
5. Persimpangan Bertingkat Jalan Reko (Exit 1806)
6. Persimpangan Bertingkat Sungai Ramal (Exit 1807)
7. Persimpangan Bertingkat Country Heights (Exit 1808)
8. Persimpangan Bertingkat Uniten (Exit 1809)
9. Persimpangan Bertingkat UPM (Exit 1810)
10. Persimpangan Bertingkat Sungai Balak (Exit 1811)
11. Persimpangan Bertingkat Sungai Chua (Exit 1812)

Lebuhraya Beroperasi Sepenuhnya

3 daripada 4 buah Plaza Tol dan sebahagian besar jajaran Lebuhraya Kajang SILK telah dibuka kepada lalulintas dan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Y.B. Dato Seri S Samy Vellu pada 15 Jun 2004. Manakala baki jajaran bermula daripada Persimpangan Bertingkat Sungai Long ke Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana telah di buka kepada lalulintas pada 17 Disember 2004. Kini Lebuhraya Kajang SILK telah beroperasi sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Kajang.

Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).