Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Koridor Guthrie (E35)
Panjang 25.00 Kilometer
Tarikh dibuka 19-Apr-2005
Tarikh dibina 18-Jul-2000
Alamat pejabatPROLINTAS Expressway Sdn Bhd, KM14.4 Guthrie Corridor Expressway, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
KonsesiPROLINTAS Expressway Sdn. Bhd.
Telefon Utama603-60385270
Websitewww.gce.com.my
Email-
Fax603-60385798
Nota

Jajaran utama Shah Alam - Kuang (Guthrie Corridor Expressway) adalah sepanjang 25 km bermula di Sungai Damansara di Batu Tiga dan berakhir di Kuang iaitu di Persimpangan Bertingkat Sistem Kuang yang mana ianya bersambung dengan cadangan Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba Templer (LATAR).Cadangan pembinaannya telah dibahagi kepada 3 Seksyen iaitu:

i.
Seksyen 1
Ianya bermula sebelum jambatan yang melintasi Sungai Damansara di Batu Tiga (berhampiran cadangan Persimpangan Bertingkat Bukit Jelutong - NKVE) ke Ladang Elmina.
ii.
Seksyen 2
Bermula di Ladang Elmina hingga ke Persimpangan Bertingkat Paya Jaras di FT 54 (Jalan Kepong/Kuala Selangor).
iii.
Seksyen 3
Bermula di Persimpangan Bertingkat Paya Jaras hingga persimpangan bertingkat Sistem Kuang.

 

Terdapat sebanyak 9 Persimpangan Bertingkat dan 3 Plaza Tol akan dibuka di sepanjang cadangan lebuhraya ini dimana ianya beroperasi secara Sistem Tol Terbuka.

Persimpangan Bertingkat:-

  • Perspg. Bertingkat Bukit Jelutong NKVE
  • Persimpangan Bertingkat Jelutong Selatan
  • Persimpangan Bertingkat Jelutong Utara
  • Persimpangan Bertingkat Taman Subang
  • Persimpangan Bertingkat Elmina
  • Persimpangan Bertingkat Paya Jaras
  • Persimpangan Bertingkat Strathairlie
  • Persimpangan Bertingkat Lagong
  • Persimpangan Bertingkat Rawang Selatan 

Plaza Tol:-

  • Plaza Tol A (Bukit Jelutong)
  • Plaza Tol B (Elmina)
  • Plaza Tol C (Lagong)

Lebuhraya ini mempunyai 6 lorong dua hala (Dual-3 Lane) dan laluan motosikal di kedua-dua arah lebuhraya. Terdapat juga 2 Kawasan Rehat dan Rawat iaitu di Paya Jaras sebelah Utara dan sebelah Selatan.


View GCE in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).