Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Sungai Besi (E9)
Panjang 16.70 Kilometer
Tarikh dibuka 14-Jan-1999
Tarikh dibina 14-Feb-1997
Alamat pejabatPlaza Tol Mines South, KM15, Lebuhraya Sungai Besi, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
KonsesiBesraya (M) Sdn. Bhd.
Telefon Utama03-89418288
Websitewww.ijm.com/infrastructure/toll/BESRAYA/
Emailinfo.besraya@ijm.com
Fax03-89418388
Nota

Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan Jalan Sungai Besi yang sedia ada kepada lebuhraya 3 lorong 2 hala, bermula dari Jambatan UPM (bersebelahan plaza tol UPM) melalui Jalan Serdang Lama, Jalan Sungai Besi dan berakhir di Persimpangan Razak Manson. Syarikat Besraya Sdn Bhd diberi tempoh konsesi selama 30 tahun untuk menguruskan lebuhraya tersebut.

Lebuhraya ini dikendalikan oleh syarikat konsesi Besraya Sdn Bhd dan menggunakan sistem tol terbuka dengan dua lokasi plaza tol dibina dilebuhraya tersebut yang jaraknya sejauh 16 km. Selain dari kerja-kerja penglebaran, ianya juga melibatkan kerja pembinaan persimpangan bertingkat, pembinaan jambatan dan juga beberapa kemudahan lain untuk pengguna seperti laluan pejalan kaki dan sebagainya.

Lebuhraya ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna-pengguna dan dijangka dapat mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di jalan tersebut.

Lebuhraya ini telah dibuka keseluruhannya kepada lalulintaspada 15hb Mei 1999.

Kerja-kerja Tambahan

Nama Projek Kerja-kerja Tambahan Bagi Mempertingkatkan Simpangan Balakong Lebuhraya Sungai Besi
Jarak Lebuhraya 2.36 km

Kerja tambahan bagi Lebuhraya Sungai Besi melibatkan penaikantaraf Lebuhraya Sungai Besi / Jalan Balakong sediada.

Persimpangan Lebuhraya Sungai Besraya / Jalan Balakong pada masa ini berkonsepkan lampu isyarat T (Signalised T-junction). Manakala 400m ke utara Persimpangan Balakong adalah Persimpangan Bertingkat T antara Lebuhraya Besraya dan Jalan Besar. Sementara terdapat juga Persimpangan - T antara Jalan Balakong dan Jalan Dulang yang terletak 500m di sebelah timur Persimpangan Balakong.

Pembinaan Persimpangan Balakong ini akan melibatkan kerja -kerja penaikantaraf kepada persimpangan bertingkat 'third-tier' dengan penyediaan ramp-ramp untuk keseluruhan arah trafik. Manakala bagi Persimpangan Jalan Besar akan dilakukan penambahbaikan menjadi Persimpangan Separa Berlian (half diamond) dengan disediakan ramp-ramp khusus terhadap 2 lorong 2 hala disediakan. Persimpangan Jalan Dulang pula akan dinaikantaraf kepada Perdimpangan Separuh Berlian dengan konsep tiada sekatan aliran trafik (free flow) terus ke Jalan Balakong.


View Besraya in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).