Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8)
Panjang 60.00 Kilometer
Tarikh dibuka 30-Apr-1999
Tarikh dibina 03-Okt-1994
Alamat pejabat1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
KonsesiMTD Prime Sdn Bhd
Telefon Utama603-6195 111
Website-
Email-
Fax603-6188 010
Nota

Projek ini telah diswastakan kepada MTD Construction Sdn Bhd dan telah dipindahkan (Novate) kepada MTD Prime Sdn Bhd. Ianya bermula dari Kuala Lumpur di km 19.2 dan berakhir di Sungai Dua, Karak, Pahang di km 79.2. Pembinaan bermula pada Oktober 1994 dan siap 4 1/2 tahun selepas itu. Sebagai laluan utama yang menhubungkan antara Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur Semenanjung, ianya akan membawa pembangunan kepada persekitarannya.

Fakta Teknikal

Tarikh Mula Konsesi Julai 1994
Tarikh Tamat Konsesi Mei 2021
Tempoh Konsesi 27 Tahun
Panjang 60 km
Persimpanngan Bertingkat 2 buah (Dibina oleh Syarikat Konsesi)
Bil Tol Plaza 2 buah - Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong

Bahagian A

Seksyen 1 - bermula daripada KM 19.20 hingga KM 37.0 (sepanjang 17.8 KM). Tempoh perlaksanaan 33 bulan dan siap pada 27hb. Julai 1997.

Sekyen 2A - bermula daripad KM 37.0 hingga KM. 45.5 (sepanjang 17.8 KM). Tempoh perlaksanaan 43 bulan dan siap pada 27hb. Julai 1997.

Syekyen 2B - bermula daripada KM 45.5 hingga KM 62.3 (sepanjang 16.8 KM). Tempoh perlaksanaan 45 bulan siap pada 27hb. September 1998.

Bahagian B

Seksyen 2C - bermula daripada kilometer 62.3 hingga lkilometer 79.2 (sepanjang 16.8 KM). Tempoh perlaksanaan 53 bulan dan siap pada 27hb. Julai 1999.

Bahagian X

Bahagian X yang bermula daripad kilometer 15.5 hingga kilometer 19.2 akan diserahkan semula kepada JKR kerana terlibat dalam projek Jalan Lingkaran Tengah II bagi pakej III dan IV yang dikendalikan oleh JKR.


View KL-Karak in a larger map

Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).