|
Butir-butir Lebuhraya
| Nama | Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (E17) |
| Panjang |
12.10
Kilometer
|
| Tarikh dibuka |
05-Feb-2007
|
| Tarikh dibina |
27-Apr-1997
|
| Alamat pejabat | Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn. Bhd., Km 9, Lingkaran Luar Butterworth, Bangunan Pentadbiran, Tol Plaza 2(Dua), 13000 Bagan Ajam, Butterworth Penang |
| Konsesi | Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd |
| Telefon Utama | 604-9352144 |
| Website | - |
| Email | - |
| Fax | - |
| Nota | Perjanjian konsesi bagi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn. Bhd. pada 28 April untuk tempoh konsesi selama 30 tahun.
Jajaran utama Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth adalah sepanjang 12.1 km bermula dari Jalan Besar di Seberang Jaya dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan. Sepanjang 5 km lebuhraya ini bermula di Persimpangan Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dengan Lebuhraya Utara - Selatan sehingga ke Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) merupakan pengambilalihan jalan sedia ada.
Pembinaan lebuhraya ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan kenderaan di kawasan Butterworth akibat pertumbuhan pesat aktiviti pembangunan dan industri yang menyebabkan pertambahan kenderaan pada setiap tahun. Selain mengatasi masalah kesesakan, lebuh raya ini juga bersambung dengan rangkaian Lebuhraya Utara - Selatan dan Lebuhraya Kulim Butterworth.
Terdapat 3 plaza tol yang akan dibina disepanjang lebuhraya ini iaitu Plaza Tol Jalan Prai, Plaza Tol Bagan Ajam dan Plaza Tol Sungai Nyior.
Sebanyak 6 persimpangan bertingkat akan dibina disepanjang laluan lebuh raya ini dan lokasinya adalah di :-
- Persimpangan Bertingkat Prai
- Persimpangan Bertingkat Deepwater Wharves
- Persimpangan Bertingkat Chain Ferry
- Persimpangan Bertingkat North Butterworth Container Terminal
- Persimpangan Bertingkat Bagan Ajam
- Persimpangan Bertingkat Bagan Lalang
Lebuhraya ini mengamalkan sistem tol terbuka dengan kadar bayaran ditetapkan di setiap Plaza Tol. |
Label
|
Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).
|