Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Utara Selatan (Terbuka)
Panjang 500.00 Kilometer
Tarikh dibuka 15-Dis-1999
Tarikh dibina 15-Jun-2001
Alamat pejabatMenara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor
KonsesiProjek Lebuhraya Utara Selatan Bhd. (PLUS)
Telefon Utama603-78016666
Websitewww.plus.com.my
Email-
Fax603-78016600
Nota 

Jarak keseluruhan Lebuhraya Utara-Selatan adalah sepanjang 823 km, iaitu dari sempadan Thailand hingga ke Singapura,ia memainkan peranan penting dalam memberi keperluan untuk industri pengangkutan jalanraya bagi masa akan datang. Pembinaan dalam jangka masa 7 tahun ( 1988-1995 ) lebuhraya dapat disiapkan dalam tempoh 15 bulan.Pembinaan lebuhraya tersebut adalah mengikut penjadualan dan mula beroperasi pada Feb 1994.Lebuhraya utara-selatan telah ditubuhkan secara rasminya pada September 8 1994 oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B  Dato Seri Dr Mahathir Mohammad. Lebuhraya bermula dari Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Johor Baharu, ia menghubungkan kesemua bandar2 utama pada Pantai Barat, semenanjung Malaysia.Tujuan pembinaan  projek ini adalah untuk  meningkatkan ekonomi negara pada masa hadapan , dimana mewujudkan bandar-bandar baru sebagai bandar yang pesat dan membangun, selain itu tujuan pembinaan adalah sebagai pusat perlancongan.

 

Fakta Teknikal

Tarikh Mula Konsesi

Mei 1988

Tarikh Tamat Konsesi

Mei 2018

Tempoh Konsesi

30 Tahun

Panjang

823 km

Persimpanngan  Bertingkat

75

Bil Tol Plaza

65

Terdapat beberapa ciri menarik yang ada pada Lebuhraya Utara-Selatan, diantaranya:-

Dua lorong dua hala

Tiga lorong dua hala

1. Bukit Kayu Hitam ke Sungai Dua

1. Sungai Besi ke Seremban Utara

2. Juru ke Rawang

2. Lebuhraya Baru Lembah Klang hingga ke Rawang

3. Seremban Utara ke Johor Bahru

3. Juru ke Sungai Dua

Lebuhraya Utara-Selatan mengamalkan dua (2) sistem tol. Iaitu Sistem Tol Terbuka dan Sistem Tol tertutup.

Sistem Tol Terbuka

Pengguna perlu membayar tol setiap kali melintasi pondok tol. Jajaran yang terlibat adalah :-

  1. Bukit Kayu Hitam - Jitra
  2. Lebuhraya Persekutuan II
  3. Skudai - Johor Bahru

Sistem Tol Tertutup

Dengan menggunakan sistem ini, pengguna lebuhraya di kawal sepenuhnya. Jalan keluar dan masuk dari lebuhraya hanya boleh dilakukan menerusi persimpangan bertingkat yang disediakan. Disetiap persimpangan bertingkat yang terlibat dengan sistem ini, pengguna perlu melintasi Pondok Tol samada untuk mengambil tiket transit ataupun membuat pembayaran.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan disepanjang lebuhraya ini disediakan bagi kegunaan pengguna lebuhraya agar mereka merasa selesa dan selamat.

Diantara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah :-

  1. Kawasan Rehat Dan Rawat
  2. Hentian Sebelah
  3. Telefon Kecemasan
  4. Perkhidmatan PLUS RONDA

Selain dari PLUS RONDA, Polis Peronda juga menjalankan rondaan bagi tujuan penguatkuasaan dan membantu pengguna-pengguna lebuhraya.

 


View North South Expressway in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).