|
Butir-butir Lebuhraya
| Nama | Terowong SMART (E38) |
| Panjang |
3.00
Kilometer
|
| Tarikh dibuka |
02-Apr-2007
|
| Tarikh dibina |
02-Jun-2004
|
| Alamat pejabat | Kompleks Operasi dan Penyelenggaraan Lebuhraya SMART, Jalan Davis, Off Bulatan Kampung Pandan, 50400 Kuala Lumpur |
| Konsesi | Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. |
| Telefon Utama | 603-92846481 |
| Website | www.smarttunnel.com.my |
| Email | info@smartco.com.my |
| Fax | 603-92846924 |
| Nota | Lebuhraya SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management and Road Tunnel merupakan satu projek di bawah kerajaan Persekutuan yang diinisiatif bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda pusat bandar. Seksyen motorway bagi terowong ini dihasilkan bagi mengurangkan kesesakan yang sering melanda Kuala Lumpur.
Terowong bawah tanah yang mempunyai diameter dalam (ID) 11.83m dan panjang 9.7km ini akan menggabungkan di antara laluan air banjir (stormwater) dan laluan kenderaan (motorway). Jarak bagi laluan kenderaan tersebut adalah sepanjang 3km akan menghubungkan bahagian utara (Jalan Sultan Ismail/Pusat Bandar) dan selatan (Lebuhraya KL-Seremban/Sg. Besi) menerusi struktur terowong bawah tanah dua tingkat (double deck structure). Tingkat atas akan menghubungkan laluan 2 lorong sehala iaitu dari utara ke selatan manakala bahagian bawah adalah sebaliknya.
Aspek-aspek keselamatan juga dititikberatkan di mana laluan kenderaan ini akan dilengkapi dengan 4 bilangan ‘ventilation dan emergency escape shafts’ bagi setiap jarak 1km dan ‘cross passages’ pada setiap jarak 250m sepanjang laluan tersebut yang berfungsi sebagai ruang pengudaraan dan laluan kecemasan.
Lebuhraya ini akan mempunyai sebuah Pusat Kawalan Trafik (Traffic Control Centre) yang merangkumi bangunan pentadbiran yang lengkap dengan kemudahan sistem pengurusan trafik bagi memantau keadaan trafik di sepanjang lebuhraya terutama di dalam terowong. Sebuah depo penyelenggaraan juga akan ditempat di kawasan yang sama dengan Pusat Kawalan Trafik ini yang mana khusus untuk menempatkan peralatan penyelenggaraan dan kenderaan peronda.
Lokasi Plaza Tol lebuhraya ini akan diletakkan di kawasan Lebuhraya KL-Seremban berdekatan dengan Lapangan Terbang Sg. Besi.
Dengan siap projek lebuhraya ini nanti ianya memberi alternatif kepada pengguna-pengguna dari selatan terutamanya yang melalui Lebuhraya KL-Seremban menuju ke Pusat Bandar dengan lebih cepat dan lancar.
View Ibu Pejabat LLM in a larger map |
Label
|
Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).
|