Lebuhraya Khusus KL – KLIA sepanjang 42.2 km ini bermula dari Bulatan Kampung Pandan/Jalan Tun Razak hingga ke KLIA melalui Putrajaya, Cyberjaya dan akan beroperasi dengan sistem tol terbuka. Perjanjian Konsesi telah ditandatangani pada 22 Oktober 1997.
Pihak kerajaan telah mengarahkan syarikat konsesi untuk melaksanakan dahulu pembinaan lebuhraya dari Bulatan Kg. Pandan hingga ke Putrajaya dan menangguhkan bahagian dari Putrajaya ke KLIA. Perjanjian Tambahan Konsesi Kedua telah ditandatangani pada 23 Oktober 2003.
Dalam skop pembinaan lebuhraya, bahagian ini telah dibahagi kepada dua seksyen. Pihak kerajaan akan membiayai kos pembinaan seksyen I iaitu dari Bulatan Kg. Pandan hingga ke Taman Teknologi (13 km) dan juga Persimpangan Bertingkat Putrajaya manakala syarikat konsesi akan membiayai kos pembinaan di Seksyen II iaitu dari Taman Teknologi hingga ke Putrajaya (13 km).
Lebuhraya ini mempunyai dua lorong sehala iaitu 3 km bermula dari Kg. Pandan hingga ke Jalan Lapangan Terbang Extention dan 3 lorong sehala dari Jalan lapangan Terbang Extention hingga ke Putrajaya iaitu 23 km. Dua buah plaza tol akan dibina iaitu di ch.4+000 (Kuala Lumpur mainline toll plaza) dan Putrajaya (ramp toll plaza). Terdapat 5 buah persimpangan bertingkat dibina sepanjang jajaran lebuhraya bahagian ini iaitu-:
i) Kampung Pandan Roundabout
ii) Salak South (East West Link)
iii) Kuchai Lama
iv) Lebuhraya Shah Alam
v) Putrajaya Link
Di dalam skop baru yang dirundingkan di dalam Perjanjian Konsesi Kedua Tambahan, persimpangan bertingkat di Lebuhraya Shah Alam dimasukkan dalam skop pembinaan oleh syarikat konsesi. Persimpangan Bertingkat Kuchai Lama dipinda dengan menggugurkan jalan ‘ramp’ yang menghala ke Kuala Lumpur dari Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya Baru Pantai. ‘Ramp’ keluar arah selatan yang menghala ke Lebuhraya KL-Seremban juga digugurkan.
Pengguguran ‘ramp-ramp’ tersebut adalah bagi menyelaraskan dengan projek SMART (Stormwater Managemant And Road Tunnel).
Nama Projek : Lebuhraya Khusus KL-KLIA
(Kuala Lumpur – Putrajaya)
Jarak Lebuhraya : 26 km
Syarikat Konsesi : Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX)
Jurutera Perunding : HSS Integrated Sdn. Bhd.
Tarikh Perjanjian Konsesi : 22 Oktober 1997
Tarikh Perjanjian Konsesi Tambahan: 28 Oktober 2003
Tarikh Kuatkuasa : 23 November 2004
Perjanjian Konsesi
Tempoh Konsesi : 33 tahun