Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Butterworth - Kulim (E15)
Panjang 17.00 Kilometer
Tarikh dibuka 15-Nov-1996
Tarikh dibina 01-Dis-1994
Alamat pejabat 
KonsesiKonsortium Lebuhraya Butterworth - Kulim Sdn Bhd (KLBK SDN BHD)
Telefon Utama 
Website-
Email 
Fax 
Nota

Pembinaan lebuhraya ini telah dimulakan pada Disember, 1994 dan siap pada September,1996 dengan kos pembinaan berjumlah RM205 juta. Ianya adalah merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Timur barat yang akan menghubungkan Butterworth, Kulim Kuala Ketil, Baling, Gerik dan seturusnya Kota Bharu, Kelantan. Lebuhraya ini bermula 5 km ke timur Persimpangan Bertingkat Seberang Jaya hingga km 21.8 Jlan Sg. Seluang, Lunas, Kedah. Pemegang Konsesi Lebuhraya ini ialah Konsortium Lebuhraya Kulim - Butterworth Sdn. Bhd. (KLBK) yang merupakan anak syarikat Malaysia Mining Corporation (MMC) dengan tempoh konsesi selama 30 tahun. Lebuhraya ini telah dibuka kepada lalulintas pada 15 November 1996 oleh Meteri Kerja Raya Malaysia. Pada hari yang sama pihak LLM telah mangambil alih kerja-kerja kawalselia lebuhraya ini daripada Jabatan Kerja Raya.

Lebuhraya ini menggunakan sistem lebuhraya terbuka. Terdapat dua laluan berkembar dan laluan khas untuk penunggang motosikal. Lebuhraya sepanjang 17 km ini menghubungkan Taman Berteknologi Tinggi Kulim ke Terminal Kontena Butterworth Utara, Perlabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang antarabangsa Pulau Pinang. Salah satu ciri ke istimewaan lebuhraya ini ialah kawasan rhat dan rawat yang bersepadu dilengkapi dengan restoren terangkat yang dibina merentasi lebuhraya berhampiran Lunas.

Terdapat 5 persimpangan bertingkat dan dua plaza tol di lebuhraya ini. Adalah dijangkakan kawasan sekitar di antara Butterworth dan Kulim akan membangun dengan lebih peast lagi dan sekaligus meningkatkan taraf sosial ekonomi.

Fakta Teknikal

Panjang

17 km

Persimpanngan Bertingkat

5 buah

Bil Tol Plaza

2 buah


View BKE in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).