Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Cheras - Kajang (E7)
Panjang 11.70 Kilometer
Tarikh dibuka 15-Jan-1999
Tarikh dibina 09-Jan-1995
Alamat pejabatWisma Grand Saga, KM 16, Lebuhraya Cheras-Kajang, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan
KonsesiSyarikat Grand Saga Sdn. Bhd.
Telefon Utama603-9086 555
Websitewww.grandsaga.com.my
Emailinfo@grandsaga.com.my
Fax603-9086 554
Nota

Lebuhraya Cheras – Kajang merupakan yang pertama mempunyai empat lorong dua hala di Malaysia, sehala dari persimpangan Connaught , Cheras ke Saujana Impian, Kajang. Lebuhraya ini mempunyai satu tempat Kawasan Rehat dan Rawat dan lapan persimpangan iaitu Pasukan Gerakan Am, Hulu Langat, Telekom, Bandar Tun Hussein Onn, Balakong, Sungai Long, Bukit Dukong and Saujana Impian.

Syarikat GRAND SAGA SDN BHD telah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan di bawah skim penswastaan yang melibatkan kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan Jalan Persekutuan I dan sebahagian laluan jajaran baru (dari Bukit Dukong ke Persimpangan Bertingkat Saujana Impian) dari Cheras hingga ke Kajang. Jajaran projek ini bermula dari Persimpangan Taman Connought berhampiran Plaza Phoenix, Cheras dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Saujana Impian, Kajang dengan jarak sejauh 11.5 km.

Pembinaan projek ini melibatkan kerja-kerja pelebaran dari 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala dan beroperasi secara sistem tol terbuka dengan dua plaza tol di sepanjang lebuhraya ini.

Sebanyak 7 persimpangan bertingkat telah dibina di sepanjang lebuhraya ini, iaitu :-

  • Persimpangan Bertingkat Pasukan Polis Hutan (PPH)
  • Persimpangan Bertingkat Hulu Langat
  • Persimpangan Bertingkat Telekom Persimpangan Bertingkat Bandar Tun Hussein Onn
  • Persimpangan Bertingkat Balakong
  • Persimpangan Bertingkat Taman Cuepac
  • Persimpangan Bertingkat Saujana Impian

View Cheras Kajang Expressway in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).