Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Damansara - Puchong (E11)
Panjang 40.00 Kilometer
Tarikh dibuka 25-Jan-1999
Tarikh dibina 26-Apr-1996
Alamat pejabatKompleks Operasi Litrak, KM 19, Lebuhraya Damansara-Puchong, Bandar Sunway, PJS 9, 47500 Petaling Jaya, Selangor
KonsesiLingkaran Transkota Holdings Bhd. (LITRAK)
Telefon Utama0374947000
Websitewww.litrak.com.my
Emailinfo@litrak.com.my
Fax03-74947016
Nota

Perlaksanaan projek lebuhraya ini yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK) adalah merupakn sebahagian dari rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi kedua-dua keperluan Rancangan Struktur DBKL dan rancangan Trafik MPPJ. Jajaran lebuhraya ini bermula dari Sri Damansara di utara dan berakhir di Putra Jaya di selatan. Kerja-kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.

Jajaran lebuhraya ini terbahagi kepada 2 pakej, iaitu :-

Pakej 1 bermula dari Sri Damansara dan berakhir di Puchong Jaya, sejauh 23 km.
Pakej 2 bermula dari Puchong Jaya dan berakhir di Putra Jaya, sejauh 17 km.

Lebuhraya ini mempunyai 14 persimpangan bertingkat seperti berikut :-

  • Persimpangan Bertingkat Bandar Utama
  • Persimpangan Bertingkat Taman Tun Dr. Ismail
  • Persimpangan Bertingkat Damansara Utama
  • Persimpangan Bertingkat SS 2/55
  • Persimpangan Bertingkat Taman Megah
  • Persimpangan Bertingkat Jalan Majlis
  • Persimpangan Bertingkat Motorola
  • Persimpangan Bertingkat Bandar Sunway
  • Persimpangan Bertingkat Sunway
  • Persimpangan Bertingkat Puchong Jaya
  • Persimpangan Bertingkat Puchong Batu 12
  • Persimpangan Bertingkat Puchong Perdana
  • Persimpangan Bertingkat SIME UEP/HICOM
  • Persimpangan Bertingkat Serdang

Kutipan tol bagi lebuhraya ini dijalankan secara sistem tol terbuka di 4 plaza tol di lokasi berikut :-

  • Plaza Tol Penchala
  • Plaza Tol PJ Selatan
  • Plaza Tol Puchong Barat
  • Plaza Tol Puchong Selatan

Lebuhraya ini memberi kemudahan perhubungan dan pengangkutan kepada pengguna-pengguna yang menggunakannya. Lebuhraya telah siap secara keseluruhannya dan telah dibuka kepada lalulintas pada Jan. 1999.


View LDP in a larger map
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).