|
Butir-butir Lebuhraya
| Nama | Jambatan Pulau Pinang (E36) |
| Panjang |
13.50
Kilometer
|
| Tarikh dibuka |
30-Sept-1987
|
| Tarikh dibina |
01-Jun-1982
|
| Alamat pejabat | Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, 13600 Perai, Pulau Pinang |
| Konsesi | Penang Bridge Sdn. Bhd. |
| Telefon Utama | 604-398 7419 |
| Website | www.penangbridge.com.my |
| Email | suriani@uembuilders.uemnet.com |
| Fax | 604-399 2578 |
| Nota | Jambatan Pulau Pinang sepanjang 14km telah diswastakan kepada Mekar Idaman Sdn. Bhd pada 15 Ogos 1994. Semua operasi dan penyelenggaran adalah dibawah syarikat berkenaan.
Hasrat Kerajaan Malaysia untuk menghubungkan Tanah Besar Semenanjung dengan Pulau Pinang telah mula diilhamkan pada sekitar tahun 1971. Rundingan demi rundingan dan diikuti dengan beberapa kajian telah dijalankan untuk menjadikan impian ini sebagai kenyataan. Akhirnya pada September 1987, jambatan ini siap dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan di buka kepada lalulintas. Ianya menjadi satu lagi mercutanda kebanggaan Malaysia dan merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di Asia.
Jambatan Pulau Pinang juga telah dianugerahkan `The 1993 FIABCI Award of Distinction'. Penganugerahan ini adalah di atas peranan Jambatan Pulau Pinang di dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang.
Rentang utamanya sepanjang 225 m adalah dibina dengan menggunakan kaedah `cable stayed girder' dan lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 m. Jambatan ini dibina dengan 4 lorong dan dilebarkan kepada 6 lorong di bahagian rentang utamanya.
Fakta Teknikal
| Tarikh Mula Konsesi |
Sept. 1993 |
| Tarikh Tamat Konsesi |
May 2018 |
| Tempoh Konsesi |
24 Tahun 8 Bulan |
| Panjang |
13.5 km |
| Persimpanngan Bertingkat |
2 buah |
| Bil Tol Plaza |
1 buah | |
Label
|
Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).
|