|
Butir-butir Lebuhraya
| Nama | Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 2) |
| Panjang |
79.00 Kilometer
|
| Tarikh jangka dibuka |
|
| Tarikh dibina |
18-Sept-2006
|
| Alamat pejabat | 1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. |
| Konsesi | MTD Capital Bhd. |
| Telefon Utama | 603-61951111 |
| Laman web | www.mtdinfraperdana.com/toll_roads/default.asp |
| Email | - |
| Fax | 603-61880101 |
| Nota | 
Klik untuk paparan imej yang lebih besar
Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 2) menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1) ke Kuala Terengganu, Terengganu. Jajaran lebuhraya ini bermula dari Jabur dan berakhir di Laluan Persekutuan (FR3) Kg. Gemuruh, termasuk Bukit Payung SpurRoad yang akan menghubungkan lebuhraya ini ke Persimpangan sg. Udang di FR14. Pihak Kerajaan telah memutuskan bahawa 30% projek ini dilaksanakan oleh MTD Capital Bhd. secara rundingan terus dengan menggunakan kaedah kontrak turnkey manakala 70% lagi akan dibuat secara kontrak konvensional terbuka dan diletakkan di bawah kendalian pihak JKR.
Perlaksanaan pembinaan jajaran lebuhraya sebanyak 30% oleh pihak MTD merupakan sebahagian jajaran lebuhraya ini. Ia bermula daripaa Persimpangan Bertingkat Bukit Besi dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Bukit Payung sepanjang 64 km dengan rekabentuk kelajuan 120km/j. Pihak MTD juga diminta membina spur road sepanjang 16 km dengan rekabentuk kelajuan 90km/j dari Persimpangan Bertingkat Bukit Payung yang menghubungkan lebuhraya ini ke FR14 di Persimpangan Jalan Kg. Sungai Udang.
Terdapat 10 buah persimpangan bertingkat yang akan dibina iaitu:-
-
Persimpangan Bertingkat Ceneh;
-
Persimpangan Bertingkat Chukai;
-
Persimpangan Bertingkat Kijal;Persimpangan Bertingkat Kertih;
-
Persimpangan Bertingkat Paka;
-
Persimpangan Bertingkat Dungun;
-
Persimpangan Bertingkat Bukit Besi;
-
Persimpangan Bertingkat Ajil;
-
Persimpangan Bertingkat Bukit Payung;
-
Persimpangan Bertingkat Kg. Gemuruh
Laporan Kemajuan Sehingga Berakhir Bulan Julai 2010
|
Pakej |
Jarak
(km) |
Tarikh Mula |
Tarikh Siap |
% Kemajuan Kerja |
|
Dijadual |
Sebenar |
Beza |
|
Pakej 10A
(Bukit Besi) |
15.08 |
18.9.06 |
30.5.11 |
13.47 |
13.73 |
0.28 |
|
Pakej 10B
(Jerangau) |
15.40 |
18.9.06 |
30.5.11 |
12.64 |
13.27 |
0.83 |
|
Pakej 10C
(Ajil) |
18.20 |
18.9.06 |
30.5.11 |
14.17 |
14.36 |
0.19 |
|
Pakej 10D
(Bukit Payung) |
13.76 |
18.9.06 |
30.5.11 |
19.60 |
19.64 |
0.03 |
|
Pakej Spur Road
(Bukit Payung) |
15.68 |
18.9.06 |
30.5.11 |
20.52 |
19.94 |
-0.58 |
|
%Kemajuan Keseluruhan |
80.84 |
82.08 |
1.24 | |
| Nota Progress | 
# Imej memaparkan kerja-kerja pembinaan 'Binder Cost' sedang dijalankan.
|
Label
|
Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).
|