Saiz Font: Warna:
A- A+
Langgan RSS

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) ~ Pakej 2B & Pakej 3
Panjang 18.28 Kilometer
Tarikh jangka dibuka 22-Ogos-2006
Tarikh dibina 04-Jan-2007
Alamat pejabat603-87238021
KonsesiLebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd.
Telefon Utama 
Laman webwww.ijm.com/infrastructure/toll/LEKAS
Emailinfo.lekas@ijm.com
Fax603-87230021
Nota1. Projek Lebuhraya Kajang - Seremban adalah projek lebuhraya baru enam lorong dua hala        yang dilaksanakan secara penswastaan oleh Syarikat Konsesi Kaseh Lebuhraya Sdn. Bhd. Perjanjian konsesi ini telah dimeterai antara Kaseh dengan Kerajaan pada 10hb Julai 1997.

2. Mengikut perjanjian konsesi, projek lebuhraya ini sepatutnya siap pada tahun 2000 iaitu 3 tahun selepas tarikh perjanjian konsesi ditandatangani. Walaubagaimanapun, ketidakupayaan syarikat konsesi mendapat pembiayaan kewangan bagi projek ini berikutan kegawatan ekonomi negara ketika itu, kerja-kerja pembinaan telah tergendala.

3. Projek ini telah diambilalih oleh sebuah syarikat baru iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd. dengan tujuan mengambilalih perlaksanaan projek lebuhraya ini daripada Kaseh Sdn. Bhd.

4. Pada 8 November 2006, perjanjian konsesi tambahan di antara lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Shd. (LEKAS) dengan pihak Kerajaan telah dimeterai bagi tujuan di atas dengan tempoh konsesi selama 33 tahun.

5. Tempoh pembinaan projek lebuhraya ini adalah selama 24 bulan dan dijangka akan siap pada Disember 2010.

6. Panjang keseluruhan lebuhraya ini adalah 44.275km. Ia terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

·        Seksyen 1 (18.2 km): terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pakej 1a (bermula dari Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lingkaran Kajang dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan) dan Pakej 1b (bermula dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Pajam).
Pakej 1a telah dibuka kepada lalulintas pada Mac 2004
Pakej 1b telah dibuka kepada lalulintas pada 22 Ogos 2008

·        Seksyen 2 (14.5 km): terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pakej 2a (bermula dari Persimpangan Bertingkat Pajam dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Mantin) dan Pakej 2b (bermula dari Persimpangan Bertingkat Mantin dan berakhir di Persimpangan Setul).
Pakej 2a telah dibuka kepada lalulintas pada 31 Disember 2008

·        Seksyen 3 (11.575): bermula di Persimpangan Bertingkat Setul dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Paroi).

Kemajuan Projek Berakhir Jun 2010

Pakej

Jarak

(km)

Tarikh Mula

Tarikh Siap

% Kemajuan Kerja

Dijadual

Sebenar

Beza

Pakej 2B

(Mantin - Seremban)

6.70

4.01.07

3.03.10


100



100


Siap

Pakej 3

Seremban Bypass

11.58

4.01.07

16.03.09

100


100



Siap


%Kemajuan Keseluruhan

100


100



Siap


Nota Progress 
Label  

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas (dengan resolusi 1024x768).