Lebuhraya Senai-Desaru dapat menghubungkan bahagian timur barat bagi Negeri Johor. Panjang keseluruhan jajaran SDE adalah 77 km dan terbahagi kepada 3 pakej seperti berikut:-
· Pakej 1 (23.1 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Malaysia-Singapore 2nd Crossing (MSSC) ke Persimpangan Ulu Tiram ( 2 lorong 1 hala)
· Pakej 2 (26.9 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram ke Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru dan Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang (2 lorong 1 hala)
· Pakej 3 (27 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru ke Persimpangan Penawar (1 lorong 1 hala)
Terdapat 6 buah persimpangan bertingkat di sepanjang jajaran SDE:-
· Persimpangan Bertingkat MSSC
· Persimpangan Bertingkat Senai
· Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram
· Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru
· Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang
· Persimpangan Penawar
Lebuhraya ini akan beroperasi dengan sistem tol tertutup dan mempunyai 4 buah tol plaza serta dilengkapi dengan sistem perlampuan jalan, telefon kecemasan, 'Variable Message Sign (VMS)' di sepanjang jajaran dan kawasan rehat dan rawat di kedua-dua arah iaitu berhampiran kawasan Layang.
Tarikh kuatkuasa bagi pembinaan adalah pada 18/7/2005.
Laporan Kemajuan Sehingga Berakhir Bulan Julai 2010
|
Pakej |
Jarak |
Tarikh mula |
Tarikh siap |
% Kemajuan sebenar |
|
Dijadual |
Sebenar |
Beza |
|
PAKEJ 1 |
23.0 |
17.1.06 |
31.05.09 |
100 |
100 |
SIAP |
|
PAKEJ 2 |
26.9 |
17.1.06 |
31.5.09
|
100 |
100 |
SIAP |
|
PAKEJ 3 |
27.6 |
18.7.05 |
31.12.09 |
94.29 |
91.05 |
-3.24 |
|
% KEMAJUAN KESELURUHAN |
94.29 |
91.05 |
-3.24 |
Sebahagian Lebuhraya Senai-Desaru iaitu dari Persimpangan Bertingkat MSSC hingga ke Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang telah dibuka secara rasmi kepada trafik pada 17 September 2009.
Pakej 3 (dari Pasir Gudang I/C – Penawar I/Section) dijangka akan dibuka pada 31 Disember 2009.
|