Pengguna Lebuhraya Nikmati Nilai Tambahan Menerusi Program Insentif Perjalanan PLUS
6 September 2010
Klik Untuk Senarai Soal Jawab Berkaitan Program
~Siaran Akhbar~
PENGGUNA LEBUH RAYA NIKMATI NILAI TAMBAH MENERUSI PROGRAM INSENTIF PERJALANAN PLUS
Mulai 1 Januari tahun hadapan, pemandu kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan lebuh raya ELITE di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi berpeluang menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus. Langkah ini merupakan salah satu daripada inisiatif PLUS untuk memberi nilai tambah kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya tersebut.
Ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Program INSENTIF PERJALANAN PLUS di Kementerian Kerja Raya November lalu, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed berkata, “Langkah PLUS ini sejajar dengan seruan Kerajaan untuk membantu memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya terutamanya pada ketika keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Ini juga secara langsung dapat memberi lebih pilihan kepada orang ramai untuk menikmati kadar tol yang lebih menarik pada waktu-waktu tertentu.”
Pada pelancaran tersebut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Hj Abd Hamid turut mengumumkan tiga insentif dalam program INSENTIF PERJALANAN PLUS yang boleh dinikmati oleh pengguna lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE iaitu:-
|
Insentif |
Konsep |
|
Pertama |
- Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam dan 7:00 pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus.
- Tempoh : 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
|
|
Kedua |
- Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi pada Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal.
- Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim perayaan.
- Tempoh : 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
|
|
Ketiga |
|
Sebagai contoh, melalui Insentif Pertama, pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang.
Selain daripada itu, melalui Insentif Kedua, pengguna yang memandu pada luar waktu puncak pada musim-musim cuti perayaan pula boleh menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus sekiranya mereka menggunakan lebuh raya PLUS dan ELITE untuk pulang bercuti di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi.
Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan pada mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum atau selepas satu-satu cuti perayaan.
Sebagai contoh, perjalanan sehala dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya akan dikenakan bayaran kira-kira RM21.40 berbanding RM26.50 yang dikenakan pada ketika ini
Pengurangan kadar tol menerusi Insentif Pertama dan Kedua hanya meliputi kenderaan Kelas 1 bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Selain itu, PLUS juga akan melancarkan satu program loyalti untuk menggalakkan orang ramai berpindah ke sistem pembayaran tol secara elektronik.
Pengguna yang menyertai program ini berpeluang untuk menikmati ganjaran rebet sebanyak 5 peratus dengan penggunaan bulanan minima RM200 di lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE. Program ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan. Pendaftaran untuk menyertai program loyalty ini akan dibuka kepada orang ramai mulai Disember ini.
Program INSENTIF PERJALANAN PLUS merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PLUS untuk memberi insentif kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya di luar waktu-waktu puncak. Insentif Pertama dan Kedua tersebut akan ditawarkan setelah mendapat persetujuan rasmi pemegang-pemegang bon Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad dan Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE). Dalam pada itu, PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya selamat, lebih lancar dan selesa pada setiap masa.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-
|
Khalilah Dato’ Mohd Talha
Pengurus Besar
Komunikasi Korporat
PLUS Expressways Berhad
Tel : 019-262 0680
E-mel: khalilah@plus.uemnet.com |
Iskandar Dzulkifli
Penolong Pengurus
Komunikasi Korporat
PLUS Expressways Berhad
Tel: 019-271 0280
E-mel: iskandar@plus.com.my |
Klik Untuk Senarai Soal Jawab Berkaitan Program
|