|
Langgani sekarang!
...dengan pembaca berasaskan web, klik pilihan anda:
...dengan rss pembaca lain :
RSS atau 'Really Simple Syndication' adalah kaedah berguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan laman web kegemaran. Ia menggunakan kod XML yang akan mengimbas kandungan laman web untuk mendapatkan kemaskini terbaru(latest updates) dan kemudian menyebarkan kandungan yang telah dikemaskini kepada semua pelanggan (subscribers) menerusi 'feed'.' RSS Feeds' biasanya digunakan untuk laman-laman berita atau 'blog'. Apabila sebarang pengemaskinian dihantar,ia termasuklah tajuk utama dan sebahagian teks atau ringkasan. Pengguna perlu klik di URL yang diberikan untuk menbaca dengan lebih lanjut. Untuk menerima 'feeds' pengguna memerlukan 'feed reader'. Ia boleh didapati secara percuma menerusi talian(online). Selain dari itu, ia juga boleh dibaca menerusi PDA atau telefon bimbit. Sekiranya anda berminat untuk menyenaraikan sesuatu laman web di dalam 'feed reader' anda, ia boleh dilakukan dengan mengklik pada butang 'RSS' atau 'XML' yang disediakan di kebanyakan laman web. 'Feed' akan dihantar sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam 'reader'. Anda boleh membuang URL laman web berkenaan dari 'reader' sekiranya anda tidak berminat untuk menerima sebarang kemaskini lagi. 'RSS Feeds' digunakan setiap hari oleh orang-orang yang memerlukan maklumat-maklumat terkini dengan cepat dan ia juga boleh menjimatkan masa dengan hanya membaca kandungan yang diminati sahaja.Kaedah ini dijangka akan diminati pada masa akan datang.
|